fb fb fb fb fb

Kemudahan ATM di Nenggiri akan disegerakan- MOF

Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Ogos- Kementerian Kewangan (MOF) akan menyegerakan pengaktifan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Gua Musang, Kelantan bagi memenuhi keperluan asas rakyat di kawasan tersebut.

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan, ia susulan perbincangan pihaknya dengan beberapa bank tempatan mendapat respon positif.

MOF juga mengambil maklum laporan yang diterima berkenaan kesukaran untuk mendapatkan akses mesin ATM dan perlu ke Gua Musang yang terletak sejauh 50 kilometer dari kawasan mereka.

"Pengaktifan perkhidmatan ATM ini akan disegerakan bagi memenuhi keperluan penduduk setempat dan usaha ini akan diperluas bagi memastikan semua rakyat dapat menerima kemudahan asas ini," kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

MOF juga akan mengadakan sesi libat urus dengan bank-bank tempatan secara berterusan bagi mengenalpasti penambahbaikan yang boleh dilaksana terutama dalam memastikan akses kepada perkhidmatan ini dapat diperluaskan.

ZEHRA BINTI ZAMBRI