TMM 2026 datang pada masa yang tepat selepas ASEAN dan Sukan SEA, menjadikan Malaysia sedang berada dalam momentum positif dari segi imej, pelancongan dan ekonomi. Jika diurus dengan baik, kemasukan pelancong ini bukan sekadar keterujaan sementara, sebaliknya mampu memberi kesan jangka panjang terhadap pelaburan dan pengukuhan nilai ringgit.
