Produk batik merupakan salah satu kraf warisan negara yang mesti dipelihara dan diperturunkan dari satu generasi ke generasi. Boleh dikatakan kebanyakan negara ASEAN memiliki kraf batik tersendiri manakala di Malaysia sendiri, batik amat sinonim dengan pantai timur tetapi kali ini, diketengahkan produk batik dari negeri Johor Darul Takzim. Batik Ranorm antara batik johor yang popular dengan menggunakan teknik blok. Ikuti paparan lanjutnya.