United curi kemenangan saat akhir, tewaskan Fulham 3-2

Rakan sepasukan meraikan Benjamin Sesko selepas penyerang Manchester United itu menjaringkan gol ketiga pasukan pada penghujung perlawanan menentang Fulham di Old Trafford/Foto AFP

MANCHESTER, 2 Februari – Manchester United bangkit pada saat akhir untuk menewaskan Fulham 3-2 dalam aksi mendebarkan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, sekali gus mengekalkan rekod sempurna pengendali sementara, Michael Carrick, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • United bangkit dan menang 3-2 ke atas Fulham di Old Trafford dengan gol kemenangan lewat oleh Benjamin Sesko.
  • Casemiro dan Matheus Cunha menjaringkan untuk United sebelum Fulham menyamakan melalui penalti Raul Jimenez dan gol Kevin.
  • Kemenangan ketiga berturut-turut di bawah pengendali sementara Michael Carrick menunjukkan impak positifnya.
  • United kini tujuh perlawanan liga tanpa kalah dan naik ke tangga keempat, meneruskan harapan kelayakan Liga Juara-Juara.

United mendahului menerusi tandukan Casemiro pada babak pertama sebelum Matheus Cunha menggandakan kelebihan sejurus selepas rehat untuk meletakkan tuan rumah selesa mengawal permainan.

Drama tercetus di penghujung perlawanan apabila Raul Jimenez menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-85 untuk menghidupkan peluang Fulham sebelum Kevin menyamakan kedudukan pada masa kecederaan menerusi jaringan menarik dari luar kotak penalti.

Namun United segera membalas apabila Benjamin Sesko meledak gol kemenangan dua minit kemudian, hasil hantaran Bruno Fernandes, sekali gus memastikan kemenangan ketiga berturut-turut buat Carrick.

Kemenangan itu menyusul selepas kejayaan mengejut menewaskan Manchester City dan pendahulu liga Arsenal, sekali gus menguatkan keyakinan bahawa Carrick mampu mencetus impak besar sejak dilantik hingga akhir musim.

United kini tidak tewas dalam tujuh perlawanan liga dan naik ke tangga keempat, menghidupkan peluang memburu slot Liga Juara-Juara musim depan.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan