
FLORIDA, 18 Mac– Pemain Republik Czech, Katerina Siniakova mengharungi detik emosi selepas tersingkir awal daripada kejohanan WTA 1000 Terbuka Miami pada Selasa.
RINGKASAN BERITA AI
- Siniakova tewas 4-6, 1-6 kepada Camila Osorio dalam pusingan pembukaan.
- Sejurus bersalaman, Siniakova meluru keluar gelanggang sambil menyapu air mata.
- Zeynep Sonmez mengejutkan Beatriz Haddad Maia 6-3, 6-2 dan menempah slot ke pusingan 64.
- Kejohanan WTA 1000 Terbuka Miami berlangsung 17 hingga 29 Mac, menampilkan hampir semua pemain ranking teratas.
Siniakova tewas straight set 4-6, 1-6 kepada pemain Colombia, Camila Osorio, dalam aksi pusingan pembukaan.
Sejurus bersalaman dengan Osorio dan pengadil kerusi, Siniakova dilihat meluru keluar dari gelanggang sambil menyapu air mata.
Dalam aksi berlainan, pemain Turkiye, Zeynep Sonmez, berjaya menempah slot ke pusingan 64 selepas mengejutkan wakil Brazil, Beatriz Haddad Maia, dengan keputusan 6-3, 6-2.
Kejohanan yang berlangsung dari 17 hingga 29 Mac ini membariskan hampir kesemua pemain ranking teratas dunia. -REUTERS