
MELBOURNE, 16 Januari – Pemain nombor satu dunia, Aryna Sabalenka menegaskan perebutan gelaran Terbuka Australia tidak hanya tertumpu kepada dirinya dan Iga Swiatek.
- Aryna Sabalenka menegaskan saingan Terbuka Australia lebih luas daripada dirinya dan Iga Swiatek.
- Sabalenka menyenaraikan Coco Gauff, Elena Rybakina dan Jessica Pegula sebagai ancaman nyata.
- Madison Keys dianggap berbahaya selepas menewaskan Sabalenka dalam final Rod Laver Arena tahun lalu.
Sabalenka dari Belarus dan Swiatek dari Poland, yang kini berada di ranking kedua dunia, berkongsi 10 gelaran Grand Slam dan menjadi kuasa dominan dalam arena tenis wanita sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Bagaimanapun, juara Terbuka Brisbane minggu lalu itu percaya terdapat ramai pemain lain yang mampu mencabar mereka di Melbourne Park.
“Saya rasa ia bukan hanya mengenai saya dan Iga. Ada Coco Gauff, Elena Rybakina, Jessica Pegula,” kata Sabalenka.
Madison Keys turut dianggap sebagai ancaman selepas mengejutkan Sabalenka untuk memenangi gelaran Grand Slam pertamanya di Rod Laver Arena tahun lalu.
Sabalenka ketika itu berpeluang menjadi pemain wanita pertama sejak Martina Hingis yang memenangi tiga gelaran berturut-turut Terbuka Australia, namun tewas dalam perlawanan akhir.
Kempen Sabalenka akan bermula Ahad ini menentang pemain wildcard Perancis, Tiantsoa Rakotomanga Rajaonah, manakala Swiatek dijadual menentang pemain kelayakan dari China, Yuan Yue. – AFP