Sze Fei-Izzuddin mara ke separuh akhir Terbuka Thailand

Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei (kanan)

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani membuktikan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mara ke separuh akhir Terbuka Thailand hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menewaskan beregu Scotland Christopher Grimley-Mathew Grimley 19-21, 21-15, 21-8 dalam 50 minit.
  • Set kedua ditampilkan permainan lebih kemas dan agresif, berjaya menguasai permainan untuk set penentuan.
  • Dalam set ketiga mereka mengawal tempo sepenuhnya dan menamatkan cabaran Scotland dengan kemenangan meyakinkan.
  • Bakal berdepan pilihan utama India Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty pada Sabtu.

Pasangan pilihan ketiga kejohanan itu dipaksa bermandi peluh sebelum menundukkan beregu Scotland, Christopher Grimley-Mathew Grimley 19-21, 21-15, 21-8 dalam pertarungan selama 50 minit.

Sze Fei-Nur Izzuddin pada awalnya berdepan tentangan sengit apabila gagal mempertahankan kelebihan pada penghujung set pertama.

Namun pasangan negara kembali memperagakan rentak sebenar pada set kedua dengan aksi lebih kemas dan agresif, sekali gus berjaya menguasai permainan untuk mengheret aksi ke set penentuan.

Memasuki set ketiga, Sze Fei-Nur Izzuddin tampil jauh lebih dominan apabila mengawal tempo permainan sepenuhnya sebelum menamatkan cabaran pasangan Scotland itu dengan kemenangan meyakinkan.

Kemenangan tersebut menyaksikan pasangan negara semakin hampir untuk memburu kejuaraan kedua musim ini selepas sebelum ini muncul juara Indonesia Masters bertaraf Super 500 pada Januari lalu.

Mereka bakal membuat perhitungan dengan pilihan utama kejohanan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam aksi separuh akhir, pada Sabtu.