Sukan SEA Hanoi : Skuad B-23 berdepan Juara 16 kali Thailand malam ini

NAM DINH, 7 Mei Skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara akan turun bertemu juara 16 kali, Thailand dalam pertemuan pertama Kumpulan B di Stadium Thien Truong, malam ini.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia, Oktober tahun lalu.


(Skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara akan bertemu Thailand
dalam pertemuan pertama Kumpulan B di Stadium Thien Truong, malam ini)

Malaysia seterusnya akan bertemu Laos pada Rabu (11 Mei), Singapura pada Sabtu (14 Mei), dan Kemboja (16 Mei).

Saingan Kumpulan A yang dibarisi tuan rumah yang juga juara bertahan, Vietnam bersama-sama Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor-Leste pula dijadual berlangsung di Stadium Viet Tri, Phu Tho.

Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan separuh akhir pada 19 Mei.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan