
KUALA LUMPUR, 26 Januari – Pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari muncul wakil tunggal Malaysia yang berjaya melangkah ke suku akhir Tournament of Champions (ToC) 2026 yang berlangsung di New York, Amerika Syarikat.
- S. Sivasangari wakil tunggal Malaysia mara ke suku akhir Tournament of Champions 2026 di New York.
- Bangkit dari ketinggalan dua set untuk menewaskan Amanda Sobhy dalam perlawanan lima set.
- Sivasangari dijadual bertemu pilihan keempat Olivia Weaver di pusingan seterusnya.
- Cabaran perseorangan lelaki Ng Eain Yow berakhir selepas tewas kepada Marwan El Shorbagy.
Pilihan kelima kejohanan itu mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada ketinggalan dua set untuk menewaskan wakil tuan rumah, Amanda Sobhy, 6-11, 7-11, 11-9, 11-9, 11-4 dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung selama 55 minit di Grand Central Station, semalam.
Pemain kelahiran Kedah itu dijadual berdepan pilihan keempat, Olivia Weaver, yang sebelum ini menyingkirkan rakan senegaranya, Marina Stefanoni, 11-2, 11-2, 11-3.
Sementara itu, cabaran perseorangan lelaki negara, Ng Eain Yow, berakhir di pusingan sama selepas tewas kepada pemain England yang juga pilihan kelapan, Marwan El Shorbagy.
Eain Yow gagal menyaingi lawan apabila tunduk 9-11, 6-11, 7-11 dalam perlawanan yang berlangsung selama 81 minit.