Ragbi Piala Agong 2026: PDRM pertaruh empat pemain import Fiji

Setiausaha Agung Ragbi PDRM, Mohamad Hafis ditemui media selepas majlis Undian Piala Agong 2026 di Wisma OCM / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 4 April – Pasukan ragbi PDRM mempertaruhkan khidmat empat pemain import dari Fiji, termasuk dua muka baru.

RINGKASAN BERITA AI
  • PDRM mensasarkan mempertahankan kejuaraan Piala Agong untuk kali keempat berturut-turut pada edisi ke-42.
  • Setiausaha Agung Mohamad Hafis akui cabaran besar terutama komitmen pemain yang berkhidmat sebagai anggota polis.
  • Pasukan mengutamakan pendekatan perlawanan demi perlawanan dengan penentuan sebenar pada peringkat kalah mati.
  • PDRM diundi dalam Kumpulan A bersama Terengganu, Kuala Lumpur dan Kelantan; kejohanan berlangsung 9 Mei hingga 28 Jun.

Ia sebahagian daripada misi untuk mempertahankan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut dalam saingan Piala Agong edisi ke-42, Mei ini.

Tampil selaku juara bertahan, Setiausaha Agung Ragbi PDRM, Mohamad Hafis Ahamad akui, cabaran getir menanti pasukannya terutama komitmen pemain yang bertugas sebagai anggota polis.

Jelas beliau saingan sengit daripada pasukan lain terutamanya Johor yang dilihat memiliki kelebihan dari segi persiapan.

“Jika berjaya, ini akan menjadi kejuaraan keempat berturut-turut. Namun kami sedar cabarannya besar. Fokus kami adalah ‘perlawanan demi perlawanan’, dan penentuan sebenar adalah apabila kami melangkah ke peringkat kalah mati nanti.” katanya ketika ditemui selepas majlis Undian Piala Agong 2026 di Wisma OCM di sini.

PDRM diundi dalam Kumpulan A bersama Terengganu, Kuala Lumpur, dan Kelantan.

Saingan sembilan pasukan terbaik negara ini dijadual bermula dari sembilan Mei sehingga 28 Jun depan.