Play-off Piala Dunia: Republik Czech atasi Denmark

Para pemain Republik Czech meraikan kejayaan mara ke Piala dunia 2026 selepas menewaskan Denmark/AFP

PRAGUE, 1 April -Sepakan penalti Michal Sadilek memastikan Republik Czech layak ke Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Denmark menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat keputusan seri 2-2 selepas masa tambahan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pavel Sulc membuka jaringan pada minit ketiga menerusi voli selepas pertahanan Denmark gagal mengeluarkan bola dari sepakan penjuru.
  • Joachim Andersen menyamakan kedudukan pada minit ke-72 hasil tandukan dari umpan sepakan percuma Mikkel Damsgaard.
  • Czech bakal diletakkan dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Mexico, Afrika Selatan dan Korea Selatan.

Pada perlawanan itu, Pavel Sulc membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi voli cantik selepas pertahanan Denmark gagal mengeluarkan bola dari sepakan penjuru.

Denmark kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-72 hasil tandukan Joachim Andersen selepas ,emerima umpanan hasil sepakan percuma yang diambil Mikkel Damsgaard

Pasukan tuan rumah kemudiannya menggandakan jaringan pada minit tambahan menerusi Krejci selepas menyambar bola hasil hantaran Tomas Soucek dalam situasi kelam-kabut di depan gol.

Namun, Denmark sekali lagi menyamakan kedudukan pada minit ke-111 apabila pemain gantian Kasper Hogh menanduk masuk sepakan penjuru Eriksen, hanya enam minit selepas dimasukkan.

Kemenangan tersebut membolehkan Repulik Czech mara ke Piala Dunia buat kali pertama sejak kali terakhir melakukannya pada 2006.

Czech bakal diletakkan dalam kumpulan A bersama tuan rumah, Mexico Afrika Selatan dan Korea Selatan.

Dalam separuh akhir play-off minggu lalu, Czech menewaskan Ireland menerusi penalti, manakala Denmark mudah menewaskan Macedonia Utara 4-0. -AFP