
PARRAMATTA, 3 Mac – Juara bertahan China mencatat kemenangan 2-0 menewaskan Bangladesh dalam aksi Kumpulan B Piala Asia Wanita yang berlangsung di Stadium CommBank, Australia, hari ini.
- China menang 2-0 ke atas Bangladesh dalam aksi Kumpulan B Piala Asia Wanita.
- Wang Shuang dan Zhang Rui menjaringkan gol pada babak pertama.
- China menguasai perlawanan dan pertahanan mereka menafikan kebangkitan Bangladesh.
- China kini di kedudukan kedua Kumpulan B dengan tiga mata, berkongsi mata dengan Korea Utara.
Dalam aksi tersebut, China tidak memberi ruang untuk Bangladesh mencipta peluang apabila mendominsi sepanjang saingan berlangsung.
Gol awal skuad wanita China diperoleh menerusi Wang Shuang pada minit ke-44 sebelum Zhang Rui menjadikan kedudukan 2-0 pada penghujung babak pertama.
Aksi separuh masa kedua berlangsung sengit dengan Bangladesh cuba untuk bangkit mendapatkan jaringan namun berjaya dipatahkan oleh barisan pemain pertahanan China.
Keputusan tersebut menyaksikan China berada di kedudukan kedua Kumpulan B berkongsi tiga mata dengan pendahulu, Korea Utara yang dibezakan menerusi kelebihan jaringan.
Sementara Bangladesh berada di kedudukan ketiga tanpa sebarang mata selepas satu perlawanan berlangsung.
Selepas ini China dijadual menentang Uzbekistan pada aksi kedua Kumpulan B pada 6 Mac ini. – REUTERS