Para SUKMA : Wan Hajar terpaksa berpuas hati raih perak acara lontar peluru WF11

Catatan 6.13 meter milik Wan Hajar belum cukup untuk mengatasi catatan 6.42 meter atlet Sarawak, Catalina Sunti

SHAH ALAM, 8 September – Atlet para olahraga Selangor, Wan Hajar Adillah terpaksa berpuas hati meraih pingat perak dalam acara lontar peluru kategori WF11 dalam aksi di Stadium UiTM, di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Catatan 6.13 meter Wan Hajar masih ketinggalan berbanding catatan 6.42 meter atlet Sarawak, Catalina Sunti.
  • Sarawak turut meraih gangsa melalui Nur Atirah Voon Abdullah.
  • Wan Hajar berazam memperbaiki prestasi dan memperoleh keputusan lebih baik pada kejohanan akan datang.
  • Jurulatih Abdul Karim Raham teruja dan yakin Wan Hajar mampu mencatat keputusan lebih baik pada masa depan.

Catatan 6.13 meter milik Wan Hajar belum cukup untuk mengatasi catatan 6.42 meter atlet Sarawak, Catalina Sunti dan Sarawak turut meraih gangsa menerusi Nur Atirah Voon Abdullah.

“Pingat perak ini tetap menjadi pembakar semangat saya untuk terus memperbaiki prestasi dan memperoleh keputusan yang lebih baik pada kejohanan akan datang,”ujar Wan Hajar.

Sementara itu, Jurulatih Para Olahraga kategori Bermasalah Penglihatan Selangor, Abdul Karim Raham menyatakan keterujaan dengan keputusan berkenaan dan yakin Wan Hajar berupaya mencatatkan keputusan yang lebih baik pada kejohanan akan datang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.