Nielsen tinggalkan Jepun selepas julang Piala Asia Wanita

Ketua jurulatih skuad wanita Jepun, Nils Nielsen / AFP

TOKYO, 2 April – Ketua jurulatih skuad wanita Jepun, Nils Nielsen, meninggalkan pasukan kurang dua minggu selepas membawa negara itu menjulang kejuaraan Piala Asia Wanita.

RINGKASAN BERITA AI
  • Persatuan Bola Sepak Jepun mengesahkan Nielsen berundur selepas kontraknya tamat.
  • Nielsen membimbing Jepun meraih gelaran ketiga dalam empat edisi, menewaskan Australia 1-0 pada final di Sydney.
  • Sepanjang kejohanan, Jepun menjaringkan 29 gol dan hanya bolos sekali, mempamerkan aksi cemerlang serta menerima pujian ramai.

Perkara itu disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Jepun dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan Nielsen berundur susulan kontraknya yang telah tamat.

Jurulatih berusia 54 tahun itu membimbing Jepun meraih gelaran ketiga dalam empat edisi kejohanan selepas menewaskan tuan rumah Australia 1-0 pada aksi final di Sydney, 21 Mac lalu.

Nielsen yang berasal dari Greenland mula mengendalikan skuad wanita Jepun sejak Disember 2024.

Sepanjang kejohanan, Jepun mempamerkan aksi cemerlang dengan menjaringkan 29 gol dan hanya bolos sekali, sekali gus menerima pujian ramai.

Beliau menyifatkan anak buahnya sebagai “inspirasi” dan mengakui bertuah dapat bekerja dengan barisan pemain berkualiti tinggi.

Sebelum ini, Nielsen pernah melatih skuad wanita Denmark dan Switzerland selain berkhidmat sebagai pengarah teknikal pasukan wanita Manchester City.-AFP