
KRUBONG, 26 Februari – Banyak lagi perkara perlu diperbaiki sebelum pasukan Melaka FC boleh berpuas hati dengan situasi semasa.
- Elavarasan mahu pastikan momentum skuad kekal konsisten setiap perlawanan.
- Fokus untuk tunjukkan perubahan nyata dalam aksi Melaka FC walaupun sasaran awal 14 mata.
- Kekecewaan tewas 1-3 kepada JDT jadi peringatan perlunya peningkatan.
Jurulatihnya, E.Elavarasan berkata, antara fokusnya adalah untuk memastikan momentum skuad itu kekal sama untuk setiap perlawanan.
Katanya, walaupun sasaran awal adalah untuk mengutip 14 mata sepanjang musim liga, namun beliau juga ingin memastikan aksi skuad Hang Tuah itu menunjukkan perubahan.
Terdahulu, Melaka FC gagal meneruskan langkah ke separuh akhir Piala Malaysia apabila tewas 1-3 menentang Johor Darul Ta’zim.
Sementara itu, Ketua Jurulatih JDT, Munoz Llomport Francisco Javier berkata, beliau sentiasa memberitahu skuadnya untuk mempunyai cita-cita untuk menang di semua perlawanan tidak kira lawan.
JDT layak ke separuh akhir Piala Malaysia dengan agregat 8-1.