Maresca pengurus baharu Manchester City

Enzo Maresca menandatangani kontrak selama tiga tahun. Foto/ Man City.

MANCHESTER, 29 JUN – Manchester City mengumumkan pelantikan Enzo Maresca sebagai pengurus baharu kelab itu, menggantikan Pep Guardiola.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menandatangani kontrak tiga tahun sehingga musim panas 2029.
  • Menganggap City diurus dengan amat baik, inovatif, dan dirancang dengan tujuan jelas, memberi kestabilan untuk tugasnya.
  • Pernah membimbing Leicester City dan Chelsea.
  • Faham tuntutan dan jangkaan kelab, menghargai kualiti individu serta berterima kasih atas kepercayaan.

Maresca, 46 tahun menandatangani kontrak selama tiga tahun yang menyaksikannya akan membimbing skuad The Citizens sehingga musim panas 2029.

“Manchester City ialah kelab yang saya kenali dengan baik dan peluang untuk mengendalikan pasukan ini adalah sesuatu yang amat bermakna buat saya.

“City merupakan sebuah kelab bola sepak yang diuruskan dengan amat baik. Segala yang dilakukan adalah inovatif, dirancang dengan teliti dan mempunyai tujuan yang jelas. Bagi seorang pengurus, itu adalah situasi yang diimpikan kerana ia memberikan kestabilan yang saya perlukan untuk menjalankan tugas dengan berkesan,”kata Maresca, yang sebelum ini pernah membimbing Leicester City dan Chelsea.

Tambah pengendali kelahiran Itali itu, falsafah yang diterapkan dalam skuad City akan memudahkannya bekerjasama dengan para pemain.

“Ini merupakan kali ketiga saya berada di sini. Saya mengenali kelab ini, memahami tuntutannya dan mengetahui jangkaan yang perlu dipenuhi.

“Kualiti individu yang bekerja di sini menjadikan kelab ini begitu istimewa dan saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan terhadap kemampuan saya,” jelasnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.