
JEDDAH, 3 Februari – Bintang bola sepak Perancis, Karim Benzema, telah menyelesaikan perpindahan mengejut dari Al-Ittihad ke pendahulu Liga Pro Saudi, Al-Hilal, pada hari terakhir jendela perpindahan Januari.
- Karim Benzema sah menyertai Al Hilal selepas menamatkan kontrak dengan Al-Ittihad pada hari terakhir jendela perpindahan.
- Perpindahan berlaku walaupun masih berbaki beberapa bulan kontrak bersama Al-Ittihad.
- Musim ini Benzema menjaringkan 16 gol dalam 21 perlawanan sebelum berpindah ke pendahulu Liga Pro Saudi.
Al-Hilal mengumumkan perpindahan Benzema pada Isnin selepas pemain berusia 38 tahun itu menamatkan kontraknya dengan Al-Ittihad. Media tempatan melaporkan perpindahan itu berlaku selepas Benzema menolak tawaran lanjutan kontrak daripada Al-Ittihad.
“Karim Benzema kini secara rasmi adalah pemain Hilali,” ciap Al-Hilal di X.
Perpindahan berkenaan berlaku meskipun kontrak bersama Al ittihad masih berbaki beberapa bulan.
Laporan awal mendakwa perpindahan itu sempat tersekat berikutan “ketidakpuasan” hati Cristiano Ronaldo, yang dikatakan kecewa melihat Al-Hilal, memperkuat pasukan dalam jendela perpindahan Januari.
Manakala, Al-Nassr tidak dapat berbuat demikian.
Musim ini, bekas pemain Real Madrid itu menjaringkan 16 gol dalam 21 perlawanan untuk Al-Ittihad di semua pertandingan, sebelum menyertai pendahulu liga Saudi itu. – REUTERS