
MADRID, 21 Januari – Kylian Mbappe menjaringkan dua gol untuk membantu Real Madrid membelasah bekas pasukannya Monaco 6-1 dalam perlawanan Liga Juara Eropah, awal pagi tadi.
- Mbappe menjaringkan dua gol membantu Real Madrid menang besar 6-1 ke atas bekas pasukannya Monaco.
- Vinicius Junior, Jude Bellingham dan Franco Mastantuono turut menjaringkan gol untuk Los Blancos.
- Alvaro Arbeloa meraih kemenangan kedua sebagai ketua jurulatih selepas menggantikan Xabi Alonso.
- Kemenangan itu melonjak Madrid ke tempat kedua dalam liga, enam mata di belakang pendahulu Arsenal.
Vinicius Junior turut bersinar dengan menjaringkan gol ketika Madrid mengukuhkan usaha menduduki tempat lapan teratas dalam fasa liga.
Jude Bellingham dan Franco Mastantuono juga menjaringkan gol untuk Los Blancos.
Pegurus baharu Alvaro Arbeloa memastikan kemenangan kedua sebagai ketua pasukan selepas menggantikan Xabi Alonso minggu lalu, dengan pasukannya menghasilkan persembahan yang memukau.
“Para pemain memenangi perlawanan ini dengan usaha dan kualiti mereka.
“Saya puji sikap, kualiti dan mentaliti mereka dan ini yang semua peminat Madrid ingin lihat,” kata Arbeloa kepada Movistar.
Kemenangan itu menyaksikan Madrid melonjak ke tempat kedua selepas tujuh perlawanan, ketinggalan enam mata di belakang pendahulu Arsenal yang menumpaskan Inter Milan 3-1 di San Siro.
The Gunners kekal rekod bersih dengan kemenangan ketujuh berturut-turut sekali gus mengukuhkan cengkaman di persada liga. – AFP