Larian menara semakin popular di Malaysia

Soh Wai Ching (kiri) berkongsi tentang kejohanan larian menara dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia – RTM

KUALA LUMPUR, 1 Mei Sukan larian menara dilihat semakin berkembang di Malaysia dengan peningkatan penganjuran acara serta penyertaan masyarakat, sekali gus mencerminkan kesedaran tinggi terhadap kepentingan gaya hidup sihat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Banyak kejohanan kini dianjurkan, memberi peluang peserta mencabar kemampuan diri.
  • KESUMA menganjurkan Larian Merdeka 118 untuk menarik lebih ramai ke Menara Merdeka.
  • Acara larian menara menguji ketahanan fizikal dan mental peserta.
  • Inisiatif ini membantu membudayakan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat dan warga kerja.

Pelari menara negara, Soh Wai Ching berkata, kini semakin banyak kejohanan dianjurkan bagi memberi peluang kepada peserta mencabar kemampuan diri masing-masing.

Pelari menara negara, Soh Wai Ching – RTM

Menurutnya, penganjuran acara seperti ini turut membuka ruang kepada lebih ramai individu untuk menguji tahap ketahanan fizikal dan mental.

“Dah nampak banyak kejohanan sukan larian menara dianjurkan seperti sempena sambutan Hari Pekerja. KESUMA (Kementerian Sumber Manusia) mereka nak anjurkan kejohanan Larian KESUMA Merdeka 118 sebab mereka nak lagi ramai datang ke Menara Merdeka 118 untuk mencabar diri sendiri.

Pelari menara negara, Soh Wai Ching – RTM

“Mencabar kita punya limitasi, kita kena lepasi had untuk kita buat yang terbaik dalam kita punya industri. Ini sangat penting dan banyak agensi kerajaan sudah nampak manfaat sukan larian menara ini,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia.

Wai Ching berkata, pendekatan mempromosikan sukan larian menara, juga menjadi platform dalam membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat dan warga kerja di negara ini.