Labuan tonjol destinasi sukan air bertaraf antarabangsa

Regatta Race 3.0 menghangatkan LISC 2026 dengan menghimpunkan seramai 72 peserta dari seluruh negara – RTM

LABUAN, 1 Mei – Regatta Race 3.0 menghangatkan Cabaran Sukan Laut Antarabangsa Labuan (LISC) 2026 dengan penyertaan memberangsangkan, sekali gus menyerlahkan Labuan sebagai destinasi sukan air antarabangsa.

RINGKASAN BERITA AI
  • 72 peserta dari seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak, Perlis, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.
  • Sebanyak 11 kategori (Optimist, ILCA, Windsurf) dipertandingkan dengan jumlah hadiah wang tunai RM32,885.
  • Penglibatan atlet kebangsaan dan peserta SUKMA, serta peserta termuda lapan tahun, menunjukkan perkembangan bakat akar umbi dan kualiti persaingan.

Pertandingan yang dikelolakan Kelab Pelayaran Victoria, menghimpunkan seramai 72 peserta dari seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak, Perlis, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

Sebanyak 11 kategori dipertandingkan dengan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai mencecah RM32,885. – RTM

Sebanyak 11 kategori dipertandingkan melibatkan acara Optimist, ILCA dan Windsurf dengan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai mencecah RM32,885.

Edisi kali ini turut disertai atlet kebangsaan, Nur Ku Zarith Jaa’far dari Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) Putrajaya.

Tinjauan RTM mendapati peserta paling muda berusia lapan tahun dari Sabah, mencerminkan potensi besar pembangunan bakat pelayaran di peringkat akar umbi.

Pelepasan peserta disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbadanan Labuan, Suhaimi Sainan. – RTM

Penglibatan atlet Sukan Malaysia (SUKMA) turut memperkukuh kualiti persaingan pada edisi kali ini.

Regatta Race 3.0 berlangsung selama tiga hari sehingga 3 Mei dengan Pelepasan peserta disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbadanan Labuan, Suhaimi Sainan.