
PUTRAJAYA, 15 Mac – Seramai 200 peserta mengambil bahagian dalam Kidsylmpic Malaysia Run hari ini, yang dianjurkan buat julung kalinya pada bulan Ramadan.
- Fokus kepada kanak-kanak umur 4 hingga 12 tahun untuk melahirkan generasi muda yang aktif dan cergas.
- Setiap peserta berlari 2.4 kilometer, jarak kecergasan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
- Tekankan bulan puasa bukan alasan untuk berhenti aktif; peserta digalakkan terus bersenam dan berbuka bersama.
- Program memupuk minat sukan dan membudayakan gaya hidup sihat sejak usia kanak-kanak.
Pengasas Bersama Kidsylmpic Malaysia, Wong Kang Woon berkata inisiatif itu memberi tumpuan kepada kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun, dengan matlamat melahirkan generasi muda yang aktif dan cergas.
“Dalam Kidsymplic Malaysia Run, setiap kanak-kanak yang menyertai Kidsymplic akan berlari sejauh 2.4 kilometer iaitu jarak kecergasan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
“Di Kidsymplic, kami percaya bahawa bulan puasa bukan alasan untuk berhenti aktif. Kami ingin menggalakkan semua orang untuk terus kekal aktif, menyahut cabaran ini bersama-sama, dan selepas itu berbuka puasa bersama-sama,” katanya.
Program tersebut dijangka dapat memupuk minat terhadap sukan dalam kalangan kanak-kanak di samping membudayakan gaya hidup sihat sejak usia muda.