Juara Olimpik Alfred mulakan musim dengan catatan 7.00 saat acara 60 meter

Julien Alfred / AFP

LOS ANGELES, 8 Februari – Juara pecut 100 meter Olimpik, Julien Alfred memulakan musim baharu dengan penuh bergaya apabila mencatat masa 7.00 saat dalam acara 60 meter pada satu kejohanan kecil di Fayetteville, Arkansas, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Julien Alfred memulakan musim tertutup dengan catatan 7.00 saat dalam acara 60 meter di Fayetteville.
  • Dia mencatat 7.04 saat dalam saringan sebelum memperbaiki masa kepada 7.00 saat di final.
  • Alfred pernah juara dunia 60 meter tertutup 2024 dan mencatat rekod peribadi 6.94 saat pada 2023.
  • Musim tertutup akan berakhir dengan Kejohanan Dunia di Torun, Poland dari 20 hingga 22 Mac.

Atlet berusia 24 tahun dari Saint Lucia itu memenangi saringan awal dengan catatan 7.04 saat sebelum memecut lebih pantas pada aksi final untuk merekodkan 7.00 saat, sekali gus menjadi catatan terpantas dunia setakat ini bagi musim tertutup (indoor) pada Kejohanan Woo Pig Classic.

Alfred, yang menjalani latihan di Texas, pernah dinobatkan sebagai juara dunia acara 60 meter tertutup pada 2024 di Glasgow.

Dia juga merupakan atlet kedua terpantas dalam sejarah acara berkenaan dengan catatan 6.94 saat yang dilakukan pada 2023.

Pada Sukan Olimpik Paris 2024, Alfred merangkul pingat emas acara 100 meter sebelum menambah koleksi pingat gangsa pada Kejohanan Dunia di Tokyo tahun lalu.

Musim kejohanan tertutup tahun ini dijadual berakhir dengan Kejohanan Dunia di Torun, Poland, yang akan berlangsung dari 20 hingga 22 Mac ini.-AFP