
HIROSHIMA, 11 Mac – Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta sejarah melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACL Elite) selepas menewaskan Sanfrecce Hiroshima dengan agregat 3-2.
- JDT tewas 0-1 pada aksi kedua di Stadium Edion Peace Wing Hiroshima.
- Kemenangan 3-1 pada perlawanan pertama di Stadium Sultan Ibrahim pada 4 Mac.
- Hiroshima melancarkan serangan berterusan tetapi pertahanan JDT mengekang sehingga babak pertama tanpa jaringan.
- Sepakan penalti diberikan selepas bola terkena pemain tengah JDT, disempurnakan Kosuke Kinoshita untuk gol kemenangan tuan rumah.
Meskipun tewas 0-1 pada aksi kedua pusingan 16 terbaik di Stadium Edion Peace Wing Hiroshima, kemaraan itu hasil kemenangan 3-1 pada perlawanan pertama di Stadium Sultan Ibrahim pada 4 Mac lalu.
Pada aksi di Hiroshima, Jepun, tuan rumah melancarkan serangan berterusan ke arah kubu JDT namun pertahanan pelawat berjaya mengekang asakan sehingga babak pertama berakhir tanpa jaringan.
Usaha Sanfrecce Hiroshima akhirnya membuahkan hasil apabila dihadiahkan sepakan penalti pada penghujung perlawanan selepas bola terkena pemain tengah JDT, Nene.
Kosuke Kinoshita tenang menyempurnakan sepakan penalti itu untuk memberikan kemenangan 1-0 kepada pasukan tuan rumah.
Namun keputusan itu tidak mencukupi buat Hiroshima apabila JDT tetap mara dengan kelebihan agregat 3-2.
Kejayaan tersebut menjadi pencapaian terbaik skuad Harimau Selatan sejak kejohanan itu dijenamakan semula pada 2023.