Jaringan Toney bawa Al-Ahli ke pentas akhir ACLE

Pemain Al Ahli, Ivan Toney / REUTERS

JEDDAH, 21 April – Juara bertahan, Al-Ahli, bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan kelab Jepun, Vissel Kobe, 2-1 pada aksi separuh akhir Liga Juara Asia Elit ACLE awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Yoshinori Muto membuka jaringan untuk Vissel Kobe pada minit ke-31.
  • Galeno menyamakan kedudukan pada minit ke-62 menerusi rembatan padu.
  • Ivan Toney meledak gol kemenangan pada minit ke-71 mengesahkan kemaraan Al-Ahli ke final.
  • Al-Ahli mara ke final untuk kali kedua berturut-turut dan berpeluang pertahankan kejuaraan sejak 2005.

Pasukan dari J-League itu terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Yoshinori Muto pada minit ke-31 di Jeddah.

Bagaimanapun, Al-Ahli yang dibimbing Matthias Jaissle bangkit pada babak kedua apabila Galeno menyamakan kedudukan pada minit ke-62 menerusi rembatan padu.

Kebangkitan itu disempurnakan oleh penyerang England, Ivan Toney, yang meledak gol kemenangan pada minit ke-71 sekali gus mengesahkan kemaraan Al-Ahli ke pentas final.

Kejayaan itu menyaksikan Al-Ahli mara ke final buat kali kedua berturut-turut dan berpeluang mencipta sejarah sebagai pasukan pertama mempertahankan kejuaraan sejak Al-Ittihad melakukannya pada 2005.

Dalam aksi final nanti, Al-Ahli akan menentang sama ada wakil Emiriah Arab Bersatu, Shabab Al-Ahli, atau kelab Jepun, Machida Zelvia, yang dijadual berentap pada Selasa.-REUTERS