Indian Wells: Zverev bertemu Fils di suku akhir

Alexander Zverev mara ke suku akhir Terbuka Indian Wells selepas menewaskan Frances Tiafoe dengan keputusan 6-3, 6-4./AFP

CALIFORNIA, 11 Mac – Alexander Zverev dan Arthur Fils akan bertemu pada suku akhir Terbuka Indian Wells selepas masing-masing menewaskan lawan mereka dalam ATP Masters 1000 di California.

RINGKASAN BERITA AI
  • Alexander Zverev menumpaskan Frances Tiafoe 6-3, 6-4.
  • Arthur Fils mengejutkan Felix Auger-Aliassime 6-3, 7-6(9).
  • Learner Tien menewaskan Alejandro Davidovich Fokina 4-6, 6-1, 7-6 dan akan bertemu Jannik Sinner di suku akhir.

Zverev yang merupakan pilihan keempat menumpaskan pemain tuan rumah, Frances Tiafoe, dengan kemenangan meyakinkan 6-3, 6-4 menewaskan pilihan ke-21.

Sebelum itu, pemain Perancis Arthur Fils, pilihan ke-30, mengejutkan pemain Kanada, Felix Auger-Aliassime yang juga pilihan kesembilan kejohanan dengan keputusan 6-3, 7-6(9).

Sementara itu, pemain tuan rumah, Learner Tien turut menempah slot ke suku akhir kejohanan selepas berjaya menewaskan Alejandro Davidovich Fokina dari Sepanyol dengan keputusan 4-6, 6-1, 7(7)-6 (4).

Pada aksi suku akhir, Learner Tien dijadual bertemu jaguh Itali, Jannik Sinner untuk merebut slot ke separuh akhir.

Terdahulu, Sinner menempah slot ke suku akhir selepas melakar kemenangan 7(8)-6(6), 7(7)-6(4) menewaskan lawan dari Brazil, Joao Fonseca. – REUTERS