Fils pamer kebangkitan dramatik di Miami

Arthur Fils dari Perancis mempamerkan aksi cemerlang apabila berupaya menempah slot ke saingan separuh akhir Terbuka Miami./AFP

MIAMI, 26 Mac – Pemain pilihan ke-28 kejohanan, Arthur Fils dari Perancis mempamerkan aksi cemerlang apabila berupaya menyingkirkan Tommy Paul, dalam aksi suku akhir Terbuka Miami menerusi kemenangan mendebarkan 6-7 (3), 7-6 (4), 7-6 (6).

RINGKASAN BERITA AI
  • Fils akan bertemu Jiri Lehecka dalam separuh akhir ATP Masters 1000 buat kali pertama.
  • Perlawanan berlangsung dua jam 47 minit tanpa sebarang break, menonjolkan servis kedua-dua pemain.
  • Fils menyelamatkan enam mata penamat ketika servis dan hanya memperoleh satu peluang mata penamat sebelum menewaskan lawan.

Fils bakal bertemu pemain ranking ke-21 dunia, Jiri Lehecka, dalam aksi separuh akhir ATP Masters 1000 buat kali pertama dalam kerjayanya.

Dalam perlawanan yang berlangsung selama dua jam 47 minit itu menyaksikan kedua-dua pemain gagal melakukan sebarang break.

Bagaimanapun, Fils dilihat lebih tertekan ketika melakukan servis apabila terpaksa menyelamatkan enam mata penamat menentang Paul.

Selepas tewas dalam set penentuan pertama, Fils bangkit daripada ketinggalan awal dalam set kedua untuk memenangi tujuh daripada lapan mata terakhir bagi mengheret perlawanan ke set ketiga.

Satu-satunya peluang mata penamat yang diperoleh Fils sepanjang perlawanan adalah ketika mendahului 6-5 pada set ketiga sebelum mencatatkan kemenangan luar biasa. – REUTERS