EPL: Gol saat akhir Adli pastikan Liverpool pulang hampa

Pemain Bournemouth, Amine Adli meraikan gol ketiga pasukannya ketika menentang Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Vitality, Bournemouth/Foto REUTERS

LONDON, 25 Januari – Kepulangan Mohamed Salah dalam kesebelasan utama Liverpool buat kali pertama sejak November tidak membawa tuah apabila skuad kendalian Arne Slot tewas 2-3 kepada Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bournemouth unggul 2-0 menerusi Evanilson dan Alex Jimenez sebelum Liverpool cuba bangkit.
  • Szoboszlai menyamakan pada minit ke-80 namun kemenangan Liverpool digagalkan.
  • Gol saat akhir Amine Adli pastikan Bournemouth raih tiga mata berharga.

Pasukan tuan rumah mendahului 2-0 menerusi jaringan Evanilson dan Alex Jimenez sebelum kapten Liverpool, Virgil van Dijk merapatkan jurang pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Dominik Szoboszlai menyangka telah menyelamatkan satu mata buat juara bertahan itu selepas meledak gol penyamaan pada minit ke-80, namun Bournemouth kembali menghukum Liverpool pada saat akhir perlawanan.

Pemain Liverpool, Mohamed Salah kelihatan kecewa selepas pasukannya tewas ketika berdepan Bournemouth/Foto REUTERS

Amine Adli meledak gol kemenangan hasil kekecohan di dalam kotak penalti, sekali gus memastikan tiga mata berharga buat pasukannya.

Bournemouth kini menghuni tangga ke-13 liga dengan 30 mata, manakala Liverpool kekal di kedudukan keempat dengan mengumpul 36 mata. – AFP

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.