
KUALA LUMPUR, 6 Mac – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan berbincang dengan Kementerian Kewangan (MOF) bagi meneliti kemungkinan mewujudkan mekanisme sokongan bagi memastikan pembangunan atlet sukan permotoran negara dapat diteruskan.
- KWASN menyalurkan RM3 juta pada 2025 untuk Program Pembangunan Sukan Permotoran Berprestasi Tinggi.
- Peruntukan menyokong penyertaan pelumba muda seperti Hakim Danish, Qabil Irfan, Sharf Muhriz dan Adam Danial.
- Mulai 2026, permohonan dana KWASN akan memberi keutamaan kepada sukan temasya utama seperti Olimpik, Asia, Komanwel dan SEA.
Dalam satu kenyataan, Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari memaklumkan, langkah itu penting bagi memastikan bakat muda berpotensi tinggi terus mendapat sokongan untuk bersaing di pentas antarabangsa.
Pada 2025 KBS melalui dana Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) menyalurkan RM3 juta kepada SIC bagi melaksanakan Program Pembangunan Sukan Permotoran Berprestasi Tinggi.

Peruntukan itu melibatkan penyertaan pelumba muda negara termasuk Hakim Danish dalam Red Bull MotoGP Rookies Cup, Qabil Irfan dalam ESBK Moto3 Talent serta Sharf Muhriz dan Adam Danial dalam Asia Talent Cup.
Bagaimanapun, bermula 2026 permohonan dana KWASN akan memberi keutamaan kepada sukan yang dipertandingkan dalam temasya utama seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia, Sukan Komanwel serta Sukan SEA.