Chelsea gagal kekalkan kelebihan dua gol, seri 2-2 dengan Leeds

Joao Pedro / FOTO AFP

LONDON, 11 Februari – Chelsea gagal mengekalkan kelebihan dua gol apabila terikat 2-2 dengan Leeds di Stamford Bridge dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sekali gus menggagalkan peluang mereka memintas Manchester United ke tangga keempat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Chelsea kehilangan kemenangan selepas dua gol hilang ketika seri 2-2 dengan Leeds di Stamford Bridge.
  • Joao Pedro dan penalti Cole Palmer meletakkan Chelsea mendahului sebelum kebobolan dua gol lewat.
  • Rosenior salahkan kehilangan ketenangan dan keputusan buruk ketika menekan sebagai punca keputusan seri.
  • Chelsea kekal di tangga kelima dan perlu tingkatkan konsistensi untuk saingan tempat Liga Juara.

Pasukan bimbingan Liam Rosenior mendahului menerusi jaringan Joao Pedro dan penalti Cole Palmer, tetapi kehilangan fokus pada minit akhir membolehkan Lukas Nmecha menjaringkan penalti sebelum Noah Okafor menyamakan kedudukan.

Rosenior mengakui kegagalan mengekalkan ketenangan dan beberapa keputusan buruk ketika menekan lawan menjadi punca kejatuhan pasukannya.

“Dua momen penting yang kami gagal urus. Kami tidak tenang dan memberi penalti. Ia pahit untuk ditelan kerana kami menguasai perlawanan hampir keseluruhan,” katanya.

Chelsea kini kekal di tangga kelima dan perlu memperbaiki konsistensi jika mahu bersaing untuk tempat Liga Juara musim ini. – AFP