Bublik, Medvedev mara ke pusingan kedua di Dubai

Pemain Rusia, Daniil Medvedev, beraksi ketika menentang pemain China, Shang Juncheng, pada pusingan 32 Kejohanan Tenis Dubai 2026/Foto REUTERS

DUBAI, 25 Februari – Alexander Bublik dan Daniil Medvedev mara ke pusingan kedua selepas mencatat kemenangan pada aksi pembukaan Kejohanan Tenis Dubai 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Alexander Bublik mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Jan-Lennard Struff dalam straight set.
  • Daniil Medvedev, pilihan ketiga, menang meyakinkan ke atas Shang Juncheng 6-1, 6-3.
  • Pablo Carreno Busta menewaskan Denis Shapovalov 6-2, 6-4 dalam satu lagi perlawanan.
  • Beberapa pemain pilihan utama memulakan cabaran dengan kemenangan dalam kejohanan Dubai 2026.

Pemain nombor 10 dunia dari Kazakhstan itu menewaskan Jan-Lennard Struff dalam straight set.

Sementara itu, pilihan ketiga kejohanan, Medvedev, mencatat kemenangan meyakinkan ke atas Shang Juncheng 6-1, 6-3.

Dalam satu lagi perlawanan, Denis Shapovalov tewas kepada Pablo Carreno Busta 6-2, 6-4.

Kejohanan berprestij itu menyaksikan beberapa pemain pilihan utama memulakan cabaran dengan kemenangan dalam usaha merebut gelaran musim ini.-REUTERS