
BARCELONA, 18 Mac — Barcelona yakin mampu menjuarai Liga Juara-Juara musim ini, namun perlu mempamerkan aksi sempurna menentang Newcastle dalam aksi timbal balik pusingan 16 terakhir, awal pagi Khamis.
- Flick mahu pasukan memperbaiki permainan dan semua pemain beraksi pada tahap terbaik.
- Flick mengingatkan pemain supaya sedia menghadapi intensiti tinggi dan gaya agresif Newcastle.
- Pau Cubarsi beri fokus pada kekuatan sendiri dan persediaan mental untuk tampilkan aksi terbaik.
Ketua jurulatih Barcelona, Hansi Flick menyatakan pasukan itu perlu meningkatkan prestasi bagi menghadapi lawan yang disifatkan bermain secara agresif.
“Kami mampu memenangi Liga Juara-Juara, tetapi kami perlu terus memperbaiki permainan dan memastikan semua pemain beraksi pada tahap terbaik,” katanya.
Flick turut mengingatkan anak buahnya supaya bersedia menghadapi intensiti tinggi Newcastle.
Barca dijangka berdepan cabaran getir selepas seri 1-1 pada aksi pertama minggu lalu.
Sementara itu, pemain pertahanan, Pau Cubarsi menegaskan fokus utama adalah kepada prestasi sendiri meskipun berdepan pemain bertaraf dunia.
“Kita sentiasa berdepan pemain terbaik, tetapi saya fokus kepada kekuatan sendiri dan bersedia dari segi mental untuk memberikan aksi terbaik,” katanya. – Reuters