Badminton Terbuka Australia: Yew Sin dan Ee Yi terlepas gelaran jelajah BWF pertama musim ini

SYDNEY, 20 November– Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi terlepas gelaran jelajah BWF pertamanya musim ini selepas tewas straight sets kepada gandingan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi.

Pada pertemuan akhir yang berlangsung di Sydney itu pilihan kelapan tersebut nyata berada pada tahap lebih baik berbanding Yew Sin-Ee Yi di set pertama.


(Foto FB BWF – Badminton World Federation)

Dengan mempamerkan permainan pantas dan kurang melakukan kesilapan, mereka menang 21-16.

Set kedua menyaksikan aksi lebih seimbang kedua-dua beregu.

Mereka saling mengejar mata dan terikat 20-20 pada satu ketika, namun Yu Chen dan xuan Yi berjaya memanfaatkan kelebihan yang dimiliki untuk mengutip dua mata terakhir sekali gus menang 22-20.