APG 2025: Atlet negara diyakini mampu menyinar

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol bertemu dengan atlet bola keranjang kerusi roda dan powerlifting sebelum mereka menghadapi saingan APG 2025 di Korat, esok/Foto FB MSN

THAILAND, 20 Januari – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan atlet untuk mempamerkan prestasi terbaik pada Temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 di Thailand.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keyakinan Timbalan Menteri Mordi Bimol bahawa atlet negara mampu mempamerkan prestasi terbaik pada APG 2025.
  • Harapan agar semangat juang tinggi dan disiplin berpasukan menjadi kekuatan kontinjen Malaysia.
  • Malaysia menghantar 353 atlet bertanding dalam 18 jenis sukan untuk mempertahankan kedudukan di peringkat ASEAN.

Beliau turut mengharapkan semangat juang tinggi dan disiplin berpasukan menjadi kekuatan utama kontinjen Malaysia.

Atlet para negara meneruskan misi pada edisi kali ini dengan sasaran memperkukuh kedudukan sebagai antara kuasa utama di peringkat ASEAN.

APG 2025 sedang berlangsung dan akan menutup tirai pada 26 Januari.

Terdahulu, Mordi meluangkan masa bertemu atlet bola keranjang kerusi roda dan powerlifting negara yang bakal menggalas cabaran di kejohanan berkenaan.

Pada pertemuan singkat itu, beliau menyampaikan kata-kata semangat serta sokongan moral kepada atlet para negara menjelang pembukaan rasmi temasya di Korat, esok.

Hadir sama pada pertemuan tersebut ialah Pengarah Majlis Sukan Negara, Jefri Ngadirin, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Seri Megat D. Shahriman Datuk Zaharudin dan Ketua Kontinjen (CDM), Zarrawi Ravi Abdullah.

Pada tahun ini, Malaysia menghantar 353 atlet yang akan bertanding dalam 18 jenis sukan.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan