Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat pelumba antarabangsa terbaik

 Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat pelumba antarabangsa terbaik./BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Februari – Pelumba JDT Racing Team Hafizh Syahrin Abdullah dinobatkan sebagai Pelumba Antarabangsa Terbaik pada Malam Anugerah Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) 2025 di sini hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik pada Anugerah MAM 2025.
  • Anugerah MAM kini berkembang kepada 30 kategori, mengiktiraf semua peringkat sukan permotoran.
  • Timbalan Perdana Menteri merasmikan majlis disaksikan pemimpin sukan dan kerajaan.
  • Presiden MAM tekankan nilai disiplin, ketahanan dan profesionalisme dalam penganjuran.

Memasuki edisi kelima, anugerah tersebut turut mengiktiraf penunggang Honda Racing Malaysia Azroy Hakeem Anuar sebagai Pelumba Kebangsaan Terbaik, manakala juara Kejohanan Superbike Sepanyol (ESBK) 2025 Qabil Irfan Azlan merangkul gelaran Penunggang Muda Terbaik.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Dr K. Nagulendran serta Presiden MAM Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Dalam ucapannya, Mokhzani berkata anugerah berkenaan bukan sahaja kejayaan kepada pemenang, tetapi juga pengiktirafan terhadap disiplin, ketahanan dan profesionalisme di setiap peringkat dalam sukan permotoran.

“Dengan pengembangan kepada 30 kategori anugerah, kami memastikan setiap laluan, daripada pembangunan akar umbi sehingga ke kejohanan antarabangsa, diiktiraf dan dihargai.

“Platform ini mencerminkan sejauh mana sukan permotoran Malaysia telah maju, serta hala tuju yang sedang dihadapi,” katanya.

Berikut senarai penuh pemenang Anugerah MAM 2025:

Pelumba Underbone Kebangsaan Terbaik – Ahmad Afif Amran

Pelumba Underbone Antarabangsa Terbaik – Ahmad Afif Amran

Pelumba Kebangsaan Terbaik – Azroy Hakeem Anuar

Pelumba Antarabangsa Terbaik – Hafizh Syahrin Abdullah

Pelumba Wanita Terbaik – Saidatul Zakirah Zairin

Pelumba Muda Terbaik – Qabil Irfan Azlan

Pasukan 2-Wheel Kebangsaan Terbaik – Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing

Pasukan 2-Wheel Antarabangsa Terbaik – Idemitsu Honda Racing Malaysia

Peserta E-Motorsports Terbaik – Naquib Nor Azlan

Pelumba Drift Terbaik – Kuah Ming Hui

Pemandu Gymkhana Kebangsaan Terbaik – Stella Sigi

Pelumba Kart Kebangsaan (Kadet) Terbaik – Aydrae Amit Janardhan Logan

Pelumba Kart Kebangsaan (Junior) Terbaik – Slabbert Mika Francois

Pelumba Kart Kebangsaan (Senior) Terbaik – Zarief Rayqal Fahruddin

Pemandu Kebangsaan Terbaik – Aaron Hakim Mohamad Haikal

Pemandu Antarabangsa Terbaik – Naquib Nor Azlan

Pemandu Wanita Terbaik – Kuah Ming Hui

Pemandu Muda Terbaik – Slabbert Mika Francois

Pasukan 4-Wheel Terbaik Kebangsaan – HIREV Dream Chaser

Pasukan 4-Wheel Terbaik Antarabangsa – Wing Hin Motorsports

Laporan Terbaik (Media Elektronik) – Norsyafarina Nasrom (Astro Arena)

Laporan Terbaik (Dalam Talian/Media Sosial) – Mohd Hilmie Hussin (Flash Sukan)

Laporan Terbaik (Media Cetak) – Muhammad Riduan Mohd Hanafiah (Kosmo)

Foto Terbaik – Muhammad Afiq Azlan (Two Wheels Media)

Penganjur Terbaik – Kelab Sukan Bermotor Pulau Pinang

Anugerah Wanita Cemerlang dalam Sukan Permotoran – Mashithah Hashim

Atlet Paling Memberi Inspirasi – Hakim Danish Ramli

Anugerah Kecemerlangan Industri – RCB

Ikon Sukan Permotoran Malaysia – Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel

Dewan Kemasyhuran Sukan Permotoran Malaysia
a. Sam Hogg

b. Mia Sharizman Ismail

c. Mohd Azhari Mohammad

d. Dr Nor Azlin Zainal Abidin

e. Mashithah Hashim

f. Allahyarham Norhayati Md Ali
– BERNAMA

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan