All England: Pearly-Thinaah tamatkan penantian 19 tahun Malaysia ke separuh akhir beregu wanita

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah melangkah ke separuh akhir pertama mereka pada Kejohanan Badminton All England selepas menumpaskan pasangan Indonesia Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari dalam aksi suku akhir berlangsung di Utilita Arena, Birmingham, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pearly-Thinaah menang 21-9, 21-18 dalam 43 minit.
  • Kemenangan menyamai pencapaian Wong Pei Tty-Chin Eei Hui mara separuh akhir 2007.
  • Mereka akan berdepan Baek Ha Na dan Lee So Hee pada separuh akhir.
  • Baek-Lee sebelum itu menewaskan Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto 21-18, 21-7.

Gandingan nombor dua dunia itu hanya mengambil masa 43 minit untuk menundukkan lawan mereka dengan straight set 21-9, 21-18.

Kemenangan Pearly-Thinaah itu menyamai pencapaian Wong Pei Tty-Chin Eei Hui yang mara ke separuh akhir pada 2007.

Pearly-Thinaah seterusnya akan berdepan pasangan Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So Hee, yang sebelum itu mudah menewaskan gandingan Jepun Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto 21-18, 21-7 dalam satu lagi perlawanan suku akhir. – BERNAMA