
KUALA LUMPUR, 4 Mac – Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai mencipta sensasi apabila berjaya menyingkirkan pasangan di ranking keempat dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty pada pusingan pertama saingan All England 2026 di Utilita Arena Birmingham, hari ini.
- Khai Xing-Aaron mencipta sensasi dengan menewaskan beregu ranking ke-4 dunia di pusingan pertama All England.
- Mereka menang dalam straight set 23-21, 21-12 selepas 42 minit permainan penuh kawalan.
- Khai Xing, juara remaja dunia 2024, membuat penampilan sulung cemerlang di kejohanan berprestij itu.
Khai Xing-Aaron yang kini menghuni ranking ke-33 dunia menampilkan prestasi positif untuk mencatat kemenangan straight set 23-21, 21-12 pada aksi yang berlangsung selama 42 minit.
Dalam saingan tersebut menyaksikan set pembukaan berlangsung sengit sebelum pasangan negara berjaya menguasai set pertama.
Juara remaja dunia 2024 itu yang membuat penampilan sulung dalam kejohanan berprestij berkenaan seterusnya memperkemas corak permainan pada set kedua untuk menamatkan cabaran Satwiksairaj-Chirag dengan kemenangan selesa 21-12.
Sementara itu, pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao turut meraih kemenangan pada aksi pusingan pertama selepas menewaskan pemain ranking ke-13 dunia, Kenta Nishimoto dengan keputusan 21-17, 13-21, 21-18.
Selepas ini Jun Hao dijadual berdepan seorang lagi wakil Jepun, Koki Watanabe dalam pusingan seterusnya, esok. – BERNAMA