Alcaraz mara ke separuh akhir Monte Carlo, catat kemenangan ke-300 karier

Pemain tenis Sepanyol, Carlos Alcaraz / REUTERS

ROQUEBRUNE-CAP-MARTIN, 11 April – Pemain nombor satu dunia, Carlos Alcaraz, mempamerkan aksi dominan apabila menewaskan pilihan kelapan, Alexander Bublik, 6-3, 6-0 untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Monte-Carlo Masters.

RINGKASAN BERITA AI
  • Alcaraz mencatat kemenangan ke-300 dalam jelajah serta 16 kemenangan berturut-turut di tanah liat sejak musim lalu.
  • Alcaraz dijadual berdepan pemain ranking 23, Valentin Vacherot, di separuh akhir.
  • Vacherot menyingkirkan pilihan kelima Alex de Minaur dan menjadi pemain Monaco pertama mara ke separuh akhir.
  • Vacherot berjaya menyelamatkan 13 mata break, dan akan berdepan Alcaraz buat kali pertama.

Pemain Sepanyol berusia 22 tahun itu hanya melepaskan tiga permainan sepanjang perlawanan, termasuk melakukan tiga ‘break’ dalam set kedua bagi menamatkan cabaran lawannya dengan bergaya.

Kemenangan tersebut turut menyaksikan Alcaraz mencatat kemenangan ke-300 di peringkat jelajah, selain meneruskan rentak cemerlang di gelanggang tanah liat dengan 16 kemenangan berturut-turut sejak musim lalu, termasuk kejuaraan di Rome dan Roland Garros.

Alcaraz dijadual berdepan pemain ranking ke-23 dunia, Valentin Vacherot, di separuh akhir.

Vacherot yang juga pilihan tuan rumah mencipta kejutan apabila menyingkirkan pilihan kelima, Alex de Minaur, 6-4, 3-6, 6-3.

Kemenangan itu menjadikan Vacherot sebagai pemain Monaco pertama mara ke separuh akhir kejohanan tersebut, selain berjaya menyelamatkan 13 mata ‘break’ sepanjang perlawanan.

Pemain berusia 27 tahun itu bakal membuat penampilan pertama menentang Alcaraz, selepas mencatat kemenangan keempat ke atas pemain kelompok 10 terbaik dunia dalam kariernya.-REUTERS