AFC bantu FAM nilai struktur pentadbiran

Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas FAM di Wisma FAM, hari ini./BERNAMA

PETALING JAYA, 28 Januari – Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) akan membantu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjalankan penilaian menyeluruh terhadap struktur pentadbiran badan induk itu susulan peletakan jawatan kolektif semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco), hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • AFC akan membantu FAM menilai struktur pentadbiran untuk kenal pasti kelemahan dan jurang yang perlu diperbaiki.
  • Penilaian bertujuan menetapkan penanda aras baharu selari piawaian antarabangsa bagi persatuan bola sepak.
  • Hasil laporan akan dibentangkan pada Kongres FAM untuk mendapatkan persetujuan dan tingkatkan ketelusan serta keberkesanan.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John berkata, langkah tersebut bertujuan mengenal pasti sebarang kelemahan dalam struktur sedia ada, selain menetapkan penanda aras baharu yang selari dengan piawaian semasa persatuan bola sepak di peringkat antarabangsa.

“Kita mahu melihat bahagian yang lemah dan jurang yang perlu diperbaiki. Hasil penilaian itu akan dibentangkan dalam satu laporan kepada semua pihak berkepentingan pada Kongres FAM nanti untuk mendapatkan persetujuan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa FAM di Wisma FAM.

Jelas beliau, pendekatan itu penting bagi memastikan FAM dapat kembali berfungsi secara lebih berkesan serta telus demi pembangunan bola sepak Malaysia dalam jangka panjang.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan