9 penyokong Selangor FC dihadap ke mahkamah, miliki suar tanpa lesen dan halang tugas penjawat awam

9 penyokong Selangor FC dihadap ke mahkamah, miliki suar tanpa lesen dan halang tugas penjawat awam.

KUALA TERENGGANU, 4 Februari – Mahkamah Kuala Terengganu kembali menjadi tumpuan setelah 8 lagi penyokong pasukan bola sepak Selangor FC dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan pada hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lapan penyokong Selangor FC mengaku bersalah miliki suar tanpa lesen ketika insiden di Jambatan Angkat Kuala Terengganu.
  • Sabit kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 membawa denda RM2,800–RM3,200 atau hukuman penjara.
  • Satu tertuduh didakwa guna kata kurang sopan terhadap pegawai polis, dibenarkan ikat jamin RM1,000.
  • Insiden tular melibatkan pembakaran suar sebelum perlawanan Terengganu vs Selangor, menarik perhatian Sultan Selangor.

Kesemua tertuduh tersebut mengaku bersalah memiliki suar tanpa lesen yang sah sewaktu insiden yang menimbulkan kerisauan ketenteraman awam di Jambatan Angkat Kuala Terengganu pada Ahad lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957(Akta 207) dibaca secara berasingan di hadapan Majistret Noor Mazrinie dan Majistret Iffaf Nabihah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3000 dan berdepan lima bulan penjara jika gagal membayarnya kepada 4 tertuduh.

Manakala lima lagi tertuduh dikenakan hukuman denda di antara RM2800 sehingga RM3200.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh, Alfadli Awaluddin, 44 tahun mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan menggunakan perkataan kurang sopan terhadap seorang pegawai polis.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1000 dan menetapkan 5 Mac depan bagi serahan dokumen.

Kelmarin, 12 dari 21 yang ditahan reman telah dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan pertuduhan memiliki dan penggunaan dadah ketika kejadian berlaku.

Terdahulu tular rakaman video di laman media sosial memaparkan sekumpulan penyokong bola sepak Selangor berarak di jambatan angkat Kuala Terengganu sambil membakar suar sehingga menimbulkan kekecohan di tempat awam.

Insiden itu berlaku beberapa jam sebelum perlawanan bola sepak di antara pasukan tuan rumah Terengganu FC bertemu Selangor pada Ahad lepas.

Insiden ini juga mendapat perhatian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan rasa amat dukacita dan kecewa terhadap insiden tersebut.##