Pendidikan, TVET perlu utamakan kemahiran praktikal dan AI

Pengarah Pusat Sejahtera untuk Kelestarian dan Kemanusiaan, UIAM, Profesor Dr Zainal Abidin Sanusi

KUALA LUMPUR, 20 Oktober – Sistem pendidikan dan latihan kemahiran negara perlu mengutamakan pembelajaran praktikal, penguasaan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) serta penglibatan langsung bersama masyarakat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gunakan AI sebagai peluang untuk kembangkan kemahiran baharu, bukan ancaman kepada peluang pekerjaan.
  • Utamakan pembelajaran praktikal melalui penglibatan komuniti dan pembelajaran berasaskan tindakan.
  • TVET mesti gabungkan kemahiran teknikal dengan keupayaan memahami keperluan masyarakat.
  • Industri perlu sediakan peluang pekerjaan untuk graduan mengaplikasi dan memanfaatkan teknologi AI.

Pengarah Pusat Sejahtera untuk Kelestarian dan Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, (UIAM) , Profesor Dr Zainal Abidin Sanusi berkata, penggunaan AI tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman kepada peluang pekerjaan, sebaliknya sebagai peluang untuk graduan dan industri mengembangkan kemahiran baharu.

“Latihan pelajar bukan sekadar melalui latihan industri, tetapi juga dengan memberi mereka peluang belajar secara langsung daripada masyarakat menerusi penglibatan komuniti dan pembelajaran berasaskan tindakan.

“Perkara penting hari ini bukan hanya kemahiran teknikal untuk memenuhi keperluan industri, tetapi juga keupayaan memahami keperluan masyarakat, termasuk dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program Biz Malaysia, di Angkasapuri pada Isnin.

Tambah beliau, pihak industri perlu menyediakan peluang pekerjaan yang membolehkan graduan mengaplikasikan kemahiran AI, sekali gus memanfaatkan potensi teknologi itu secara optimum dalam persekitaran kerja.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.