174 keluarga di Kampung Manis terima rumah gantian percuma

Datuk Seri S Sundarajoo / Foto BERNAMA

PERAI, 19 Oktober – Seramai 174 keluarga di Kampung Manis yang telah mendiami kawasan itu lebih tujuh dekad bakal menerima kediaman baharu secara percuma menerusi pembangunan semula Rumah Mutiaraku (RMKu).

RINGKASAN BERITA AI
  • Penempatan semula dilaksanakan melalui kerjasama Perbadanan Aset Keretapi, kerajaan negeri dan pemaju.
  • Unit gantian berkeluasan 850 kaki persegi; harga RMKu Jenis C RM250,000, nilai pasaran RM350,000 hingga RM400,000.
  • Penduduk dibantu sewa RM700 sebulan semasa pindah sementara; pemaju diberi 24 bulan untuk siapkan projek.

EXCO Perumahan dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Datuk Seri S Sundarajoo berkata, penempatan semula itu dilaksanakan menerusi kerjasama Perbadanan Aset Keretapi (RAC), kerajaan negeri dan pihak pemaju.

“Ini memang berita yang manis. Unit gantian yang ditawarkan di sini berkeluasan 850 kaki persegi.

“Harga jualan Rumah Mutiaraku Jenis C melalui Lembaga Perumahan ialah RM250,000, manakala harga pasarannya antara RM350,000 hingga RM400,000,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Menandatangani Perjanjian dan Penyerahan Surat Niat kepada Penerima RMKu bagi iujuan pengosongan tapak dan penempatan semula penghuni Kampung Manis, di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Ketua Pegawai Eksekutif RAC, Datuk Azhar Ahmad.

Sundarajoo berkata, penduduk perlu berpindah sementara bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan dan akan menerima bantuan sewa rumah RM700 sebulan daripada pemaju sehingga kediaman baharu siap.

Pemaju diberi tempoh 24 bulan dari tarikh kelulusan pelan untuk menyiapkan projek berkenaan.

Sementara itu, 53 keluarga yang mempunyai sejarah penempatan di Kampung Manis tetapi tidak lagi menetap di kawasan itu turut ditawarkan unit sama pada harga RM150,000 menerusi kaedah sewa beli.

Secara keseluruhan, pembangunan semula Kampung Manis akan memberi manfaat perumahan kepada 227

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.