Empat anak singa mati, kekurangan makanan, ubat di Gaza

Foto AFP

GAZA, 2 Oktober – Empat anak singa di sebuah zoo di Nuseirat, Gaza mati beberapa jam selepas dilahirkan, dipercayai akibat kekurangan makanan dan ubat-ubatan susulan konflik yang berlarutan di wilayah Palestin itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemilik zoo Mahmoud Gomaa mengebumikan anak singa selepas usaha mendapatkan makanan dan ubat terus terjejas.
  • Kematian dipercayai berpunca daripada kekurangan ubat-ubatan yang diperlukan.
  • Penutupan pintu sempadan menghalang bekalan makanan penting sampai kepada induk singa.
  • Konflik sejak Oktober 2023 mengekalkan operasi ketenteraan, meningkatkan korban dan memperburuk keadaan kemanusiaan di Gaza.

Pemilik zoo, Mahmoud Gomaa mengebumikan keempat-empat anak singa tersebut selepas usaha mendapatkan bekalan makanan dan ubat-ubatan terus terjejas akibat kekurangan bekalan.

Menurutnya, kematian anak-anak singa itu berpunca daripada kekurangan ubat-ubatan yang diperlukan serta penutupan pintu sempadan yang menghalang bekalan makanan penting daripada sampai kepada induk singa.

Konflik yang tercetus sejak Oktober 2023 terus meninggalkan kesan mendalam di Gaza, apabila operasi ketenteraan yang berlarutan mengakibatkan jumlah korban dan mangsa cedera terus meningkat, selain memperburuk keadaan kemanusiaan penduduk. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.