Dua tentera Israel mati akibat letupan dron sendiri

Kanak-kanak Palestin bermain di celah-celah runtuhan konkrit akibat bedilan rejim Zionis yang dijadikan gelanggang bola tampar di Gaza City – Foto AFP

BAITULMAQDIS, 25 September – Dua anggota tentera simpanan Israel terbunuh di Gaza.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dua anggota tentera simpanan Israel terbunuh akibat letupan dron milik tentera sendiri di Gaza.
  • Dron IDF terhempas di sebuah pos tentera; ia tidak meletup awalnya tetapi meletup semasa kedua anggota mendekatinya.
  • Insiden itu sedang disiasat oleh pihak berkuasa tentera.
  • Kematian anggota tentera Israel meningkat kepada 970 sejak 7 Oktober 2023; korban rakyat Palestin dilaporkan hampir 74,000.

Sumber tentera memaklumkan kepada AFP, kedua-duanya mati akibat letupan dron tentera Zionis sendiri.

“Dron milik IDF (Angkatan Pertahanan Israel) terhempas di sebuah pos tentera di Gaza, namun tidak meletup. Letupan berlaku sejurus kedua-dua anggota terbabit mendekatinya.

“Insiden itu sedang disiasat,” menurut sumber terbabit.

Dua anggota simpanan berkenaan berusia 24 dan 23 tahun.

Ini menjadikan keseluruhan kematian dalam kalangan tentera Israel meningkat kepada 970 sejak perang Gaza bermula 7 Oktober 2023.

Sementara, korban rakyat Palestin akibat kekejaman Israel pula menghampiri 74,000, menurut Kementerian Kesihatan Gaza. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.