4 maut dalam serangan di Caribbean

Tangkap layar rakaman SOUTHCOM AS menerusi X

WASHINGTON, 20 September – Tentera Amerika Syarikat (AS) memaklumkan empat individu terbunuh dalam serangan terhadap sebuah kapal di perairan Caribbean pada Sabtu, yang didakwa terlibat dalam kegiatan penyeludupan dadah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tentera AS melancarkan serangan terhadap kapal berkelajuan tinggi di laluan penyeludupan dadah di Caribbean.
  • Rakaman tentera menunjukkan kapal sedang bergerak sebelum musnah akibat serangan.
  • SOUTHCOM kata risikan mengesahkan keterlibatan kapal; operasi sebahagian kempen menentang 'pengganas dadah'; kumpulan hak asasi kecam tindakan.

Video yang dikeluarkan pihak tentera menunjukkan kapal berkenaan sedang bergerak di laut sebelum musnah akibat serangan.

“Pada 19 September, atas arahan #SOUTHCOM, Pasukan Petugas Bersama Southern Spear melancarkan serangan maut menggunakan kekerasan terhadap sebuah kapal berkelajuan tinggi yang beroperasi di laluan penyeludupan dadah yang diketahui di Caribbean.

“Risikan yang disahkan mendedahkan kapal itu terbabit secara aktif dalam kegiatan penyeludupan dadah. Operasi itu mengorbankan empat pengganas dadah,” menurut kenyataan Pusat Pemerintahan Selatan AS (SOUTHCOM) menerusi X.

Serangan itu merupakan yang terbaharu dalam kempen yang dilancarkan sejak tahun lalu untuk menyasarkan pihak yang digambarkan pentadbiran Trump sebagai “pengganas dadah”.

Kumpulan hak asasi manusia pula menyifatkan serangan berkenaan sebagai “pembunuhan di luar proses kehakiman”.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.