Warga emas tetak tangan isteri direman empat hari

Foto hiasan

KOTA TINGGI, 7 September – Seorang lelaki warga emas yang disyaki menetak tangan kanan isterinya menggunakan parang di Taman Desa Sejahtera di sini direman empat hari hingga 9 Sept bagi membantu siasatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suami dikatakan menetak tangan isteri dengan parang; mangsa alami luka kira-kira satu sentimeter dan dirawat di Hospital Kota Tinggi, dilaporkan stabil.
  • Kejadian dipercayai berpunca perselisihan faham kerana televisyen dipasang terlalu kuat.
  • Suspek dilaporkan mabuk dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Perintah reman terhadap suspek lingkungan 70-an itu bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Yusof Othman sebelum ini memaklumkan kejadian pada 9.30 malam Sabtu lepas dipercayai akibat perselisihan faham apabila mangsa, juga 70-an dikatakan memasang televisyen terlalu kuat.

Suspek yang dipercayai mabuk kemudian bertindak menetak mangsa menggunakan parang.

Yusof berkata mangsa mengalami luka kecil kira-kira satu sentimeter pada tangan kanan menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi dan dilaporkan stabil.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.