Alcaraz mara pusingan keempat Terbuka AS, semakin pulih selepas kecederaan

Foto AFP

NEW YORK, 5 Sept – Juara bertahan Carlos Alcaraz mara ke pusingan keempat Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan pemain China, Wu Yibing 6-3, 6-4, 6-1 dalam aksi straight set.

RINGKASAN BERITA AI
  • Akan berdepan Tommy Paul untuk merebut tempat ke suku akhir.
  • Kembali beraksi selepas berehat sejak April akibat kecederaan pergelangan tangan.
  • Dalam perlawanan dua jam 20 minit, dia melakukan 33 kesilapan tetapi mengatasi permainan agresif lawan.
  • Berasa fizikalnya semakin baik; pulih dengan sangat baik dan sudah mendapat rentak pertandingan.

Kemenangan itu menyaksikan pemain Sepanyol berusia 23 tahun berkenaan menempah pertemuan dengan pemain tuan rumah, Amerika Syarikat, Tommy Paul bagi merebut tempat ke suku akhir.

Alcaraz yang memenangi Terbuka Australia pada Januari untuk gelaran Grand Slam ketujuhnya, kembali beraksi selepas berehat sejak April akibat kecederaan pergelangan tangan.

Dalam perlawanan selama dua jam 20 minit itu, Alcaraz melakukan 33 kesilapan namun berjaya mengatasi permainan agresif Wu.

“Saya terus bertahan, bermain secara agresif dan bijak pada saat-saat paling sukar,” katanya.

Alcaraz berkata keadaan fizikalnya semakin baik selepas melalui tiga perlawanan dalam usaha mempertahankan gelaran.

“Secara fizikal, saya fikir saya akan keletihan selepas perlawanan pertama, tetapi saya pulih dengan sangat baik.

“Saya rasa tahap permainan saya sangat baik. Saya sudah mendapat rentak pertandingan. Saya semakin ke arah itu,” katanya. – AFP

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.