
KUANTAN, 2 September – Dua premis tingkat atas di bangunan lama dekat Jalan Mahkota di sini terbakar dalam kejadian yang berlaku malam tadi.
- Sebuah kedai pakaian di premis itu musnah sebahagian besar akibat kebakaran.
- Bomba menerima panggilan pada 11.33 malam; pasukan Kuantan menemui api marak di tingkat atas premis bernombor 43.
- Kebakaran dipercayai merebak pantas kerana struktur bangunan kayu berusia lebih 100 tahun.
- Operasi pemadaman melibatkan 33 anggota dari lima balai dan sembilan jentera; punca serta anggaran kerugian masih disiasat.
Kebakaran itu sekali gus menyebabkan sebahagian besar salah satu premis, sebuah kedai pakaian musnah.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Penguasa Kanan Bomba 1, Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 11.33 malam.
“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan kemudian bergegas ke lokasi dan mendapati api marak di tingkat atas premis bernombor 43 sebelum merebak ke premis bersebelahan.
“Kebakaran dipercayai merebak pantas ekoran struktur bangunan yang banyak menggunakan bahan kayu berusia lebih 100 tahun,” katanya menerusi kenyataan.
Pemeriksaan mendapati kebakaran hanya melibatkan tingkat atas manakala, tingkat bawah tidak terjejas.
Operasi pemadaman dan penyelamatan melibatkan seramai 33 anggota daripada lima balai polis dengan sembilan jentera.
Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.