Mansuh AUKU: Perubahan penting dalam proses pembentukan mahasiswa

Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, UMK, Prof. Madya Dr. Dzulkifli Mukhtar / Foto RTM

KOTA BHARU, 23 Ogos – Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dilihat membuka ruang lebih luas kepada mahasiswa untuk terlibat secara aktif termasuk menyuarakan pandangan dalam pembangunan institusi pendidikan tinggi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perubahan ini memberi peluang kepada pelajar membina pemikiran matang berasaskan fakta dan ilmu.
  • Transformasi mendorong mahasiswa menjadi tunjang pembangunan negara, pembentukan jati diri dan pembangunan sosioekonomi masyarakat.
  • Kebebasan intelektual perlu disertai tanggungjawab, adab serta kematangan dalam menyuarakan pandangan.
  • Kerangka undang-undang baharu diperlukan untuk memperjelas peranan mahasiswa dan menyokong suara mereka secara komprehensif.

Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Profesor Madya Dr. Dzulkifli Mukhtar melihat perubahan itu penting dalam proses pembentukan golongan berkenaan.

“Ini merupakan peluang kepada pelajar untuk membina pandangan serta pemikiran yang lebih matang, berasaskan fakta dan ilmu.

“Kita percaya ia mampu membawa satu anjakan paradigma kepada mahasiswa yang bakal menjadi tunjang dalam pembangunan negara, pembentukan jati diri dan pembangunan sosioekonomi masyarakat,” katanya.

Bagi mahasiswa, Saiful Azam Shamsul Amir reformasi itu menuntut mahasiswa untuk lebih bertanggungjawab.

“Saya melihat reformasi pendidikan tinggi selepas ini perlu memberikan autonomi yang lebih jelas kepada mahasiswa serta ruang kebebasan untuk mereka berfikir secara matang.

“Namun, kebebasan itu perlu datang bersama tanggungjawab, adab dan kematangan dalam menyuarakan pandangan,” katanya.

Bagi Mohamad Danial Ikhwan Mohar pula, pemansuhan AUKU perlu disusuli kerangka baharu yang dapat memperjelas ruang dan peranan mahasiswa dalam pendidikan tinggi.

“Ini merupakan langkah yang baik untuk memberi ruang dan kebebasan kepada mahasiswa bersuara. Namun, ia perlu disokong dengan kerangka undang-undang baharu yang lebih komprehensif, jelas dan sesuai dengan keperluan semasa.

“Langkah ini juga dapat memperkukuh suara mahasiswa supaya lebih didengari serta memberi ruang kepada mereka memainkan peranan dalam membentuk masa depan negara,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.