India benarkan import gula mentah tanpa duti

Foto Reuters

MUMBAI, 20 Ogos – India meluluskan import gula mentah tanpa duti sehingga satu juta tan metrik bagi mengawal kenaikan harga komoditi itu menjelang musim perayaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bekalan gula mentah terjejas akibat monsun bawah purata dan fenomena El Nino.
  • Risiko pengurangan hasil tanaman meningkatkan harga gula kepada paras rekod tinggi.
  • Kerajaan melarang eksport gula sejak Mei untuk memperkuat bekalan domestik, larangan berkuat kuasa sehingga 30 September.

Kementerian Perdagangan India dalam satu kenyataan memaklumkan import berkenaan dibenarkan menerusi kuota kadar tarif sebanyak satu juta tan metrik dan akan tersedia sehingga 31 Oktober ini.

Langkah mengurangkan cukai import itu dibuat susulan kebimbangan terhadap bekalan gula mentah tempatan yang berdepan risiko terjejas akibat musim monsun di bawah paras purata, dipengaruhi fenomena El Nino.

Kebimbangan terhadap pengurangan hasil tanaman gula turut mendorong harga komoditi itu ke paras rekod tinggi, menurut laporan media tempatan.

India, antara pengeluar gula terbesar dunia, lazimnya menyaksikan peningkatan penggunaan gula antara September hingga Januari susulan permintaan tinggi terhadap manisan dan produk konfeksi sempena musim perayaan.

Sebelum ini, India melarang eksport gula pada Mei bagi meningkatkan bekalan domestik. Larangan itu berkuat kuasa sehingga 30 September ini.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.