9 maut dalam kebakaran hotel di Kolkata

Foto REUTERS

KOLKATA, 19 Ogos – Sekurang-kurangnya sembilan orang maut, manakala beberapa lagi cedera dalam kebakaran di sebuah hotel di bandar Kolkata, India, menurut seorang pegawai kanan jabatan bomba.

RINGKASAN BERITA AI
  • Asap tebal menyelubungi hotel; beberapa mangsa ditemukan di bilik air.
  • Sebahagian mangsa dipercayai warga Bangladesh yang berkunjung untuk mendapatkan rawatan perubatan.
  • Seramai 60 tetamu berada di hotel ketika kebakaran tercetus.
  • Maklumat awal menunjukkan penghawa dingin hotel bajet mungkin meletup, dan kebakaran sering berlaku akibat kekurangan peralatan serta kegagalan mematuhi peraturan keselamatan.

“Sembilan orang terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak dalam kebakaran yang tercetus pada awal pagi Rabu.

Asap tebal menyelubungi hotel berkenaan, dengan sebahagian mangsa ditemukan di dalam bilik air,” kata Pengarah Perkhidmatan Bomba negeri Benggala Barat, Anuj Sharma.

Sebahagian mangsa dipercayai warga Bangladesh yang berkunjung ke Kolkata untuk mendapatkan rawatan perubatan, kata Santosh Pathak, anggota parti pemerintah Benggala Barat.

“Kami sedang berusaha mengesahkan kerakyatan mangsa,” katanya kepada pemberita.

Seramai 60 tetamu berada di hotel berkenaan ketika kebakaran tercetus.

Maklumat awal menunjukkan penghawa dingin di hotel bajet itu mungkin meletup dan menyebabkan kebakaran.

Kebakaran bangunan sering berlaku di India berikutan kekurangan peralatan pemadaman kebakaran serta kegagalan mematuhi peraturan keselamatan secara berkala. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.